Home Nasional 155 duta asing dijangka hadir ke Melaka sempena WTD & WTC
Nasional

155 duta asing dijangka hadir ke Melaka sempena WTD & WTC

155 duta asing dijangka hadir ke Melaka sempena WTD & WTC

Datuk Abdul Razak Abdul Rahman ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka DUN Telok Mas

MELAKA, 13 April- Seramai 155 duta asing dijangka ‘berkampung’ di Bandar Hilir, Melaka pada bulan Jun ini sempena Pra-Pelancaran Hari Pelancongan Dunia (World Tourism Day – WTD) dan Persidangan Pelancongan Dunia (World Tourism Conference – WTC) yang akan berlangsung di negeri itu.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, kesemua duta tersebut mewakili 155 negara dari seluruh dunia dan kehadiran mereka adalah sebahagian daripada agenda persiapan menjelang WTD dan WTC yang dijadualkan berlangsung September depan.

“Banyak pengisian telah kita rangka. Antaranya dalam masa terdekat ini kita akan adakan pra-pelancaran Hari Pelancongan Dunia peringkat negeri Melaka. Kita jemput semua duta yang ada di negara ini supaya mereka tahu apa itu World Tourism Day,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, antara program utama yang bakal diadakan termasuk ‘Rentak Bertandak’, satu inisiatif yang melibatkan negara-negara jiran dan Nusantara, merangkumi seminar serta persembahan pentas pelbagai budaya serantau.

Datuk Abdul Razak berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka DUN Telok Mas.

Tambah beliau, pelbagai aktiviti dan pengisian telah disusun sepanjang bulan-bulan mendatang sehingga menjelang WTD dan WTC, termasuk kemuncak acara iaitu Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0 yang dijadualkan pada 31 Disember ini.

Related Articles

Sultan Perak dan DUN Perak zahir takziah atas pemergian Tun Abdullah
Nasional

Sultan Perak dan DUN Perak zahir takziah atas pemergian Tun Abdullah

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berkenan menyantuni anggota-anggota Dewan Undangan Negeri sempena...

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Johor, Sabah berkurangan
Nasional

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Johor, Sabah berkurangan

Foto FailKUALA LUMPUR, 15 April– Situasi banjir di Johor dan Sabah menunjukkan...

Penghormatan terakhir Tun Abdullah diawalkan 10.00 pagi
Nasional

Penghormatan terakhir Tun Abdullah diawalkan 10.00 pagi

Foto RTMKUALA LUMPUR, 15 April – Sesi penghormatan terakhir jenazah Allahyarham Tun...

Jenazah Tun Abdullah tiba di Masjid Negara untuk penghormatan terakhir
Nasional

Jenazah Tun Abdullah tiba di Masjid Negara untuk penghormatan terakhir

Foto RTMKUALA LUMPUR, 15 April – Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi...