Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Kekal Kukuh Di Tengah-Tengah Ketidaktentuan Pasaran Bon Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Kekal Kukuh Di Tengah-Tengah Ketidaktentuan Pasaran Bon Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Kekal Kukuh Di Tengah-Tengah Ketidaktentuan Pasaran Bon Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 April(Livevartha) –Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal kukuh minggu depan, disokong oleh jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kestabilan pasaran bon AS.

Pengarah Urusan SPI Asset ManagementStephen Innes berkata walaupun dolar AS yang lemah terus menyokong harga emas, pemacu utama pada masa ini adalah daya tarikan yang semakin berkurangan terhadap Perbendaharaan AS sebagai aset pelaburan yang selamat.

“Perbendaharaan AS secara tradisinya dilihat sebagai instrumen pelaburan yang selamat, tetapi kini tidak lagi menawarkan kestabilan seperti yang diharapkan hingga mendorong pelabur beralih kepada emas,” katanya kepada Livevartha.

Innes menambah tindakan China untuk menyamakan kenaikan tarif sebanyak 100 peratus terhadap barangan AS menyerlahkan risiko konflik perdagangan yang berpanjangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Walaupun pasaran mula mengurangkan kesan ekonomi secara langsung, ketidaktentuan yang berterusan dijangka mengekalkan permintaan terhadap emas.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta April meningkat kepada US$3,224.00 setiap auns troy daripada US$3,105.20 setiap auns troy minggu lepas, manakala Mei 2025 naik kepada US$3,234.40 setiap auns troydaripada US$3,126.80 setiap auns troy.

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2025 masing-masing meningkat kepada US$3,246.80 setiap auns troy daripada US$3,126.80 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah dagangan melonjak kepada 2,738 lot daripada 340 lot sebelumnya, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 1,232 kontrak daripada 141 kontrak.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 15 April (Livevartha)– Bursa Malaysia dibuka meningkat pada Selasa, dipacu...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 15 April (Livevartha)– Ringgit memulakan...

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 14 April(Livevartha) — Niaga hadapanFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama
Pasaran

Ringgit Tinggi, Dolar Merosot Susulan Pertikaian Perdagangan Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 April(Livevartha) — Ringgit terus...