Home Pasaran Ringgit Dijangka Meningkat Minggu Depan Berikutan Kelemahan Dolar US
Pasaran

Ringgit Dijangka Meningkat Minggu Depan Berikutan Kelemahan Dolar US

Ringgit Dijangka Meningkat Minggu Depan Berikutan Kelemahan Dolar US

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 April (Livevartha) –Ringgit dijangka meningkat minggu berbanding dolar US minggu depan, diunjurkan diniagakan antara paras 4.41 dan4.42, kataKetua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata pergerakan Indeks Dolar AS (DXY) akan menjadi tumpuan, iasusut kepada 99.758 mata pada Khamis.

"Sekiranya DXY kekal lemah, ringgit mungkin akan terus meningkat," katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang sedang berlaku sekarangakan kekal sebagai faktor utama mempengaruhi sentimen pasaran.

Beliau berkata ketidaktentuanterhadap pegumumuman oleh pentadbiran AS bakal menyebabkan pasaran bersikap berhati-hati kerana pelabur sukaruntuk menilai sama ada perkembangan itu akan memberi kesan positif atau negatif kepada ekonomi global.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes menjangkakan pasaran pertukaran asing akan stabil minggu depan, kesan perang perdagangan semakin redaapabila ia beralih daripada kebimbangan yang didorong oleh dasar kepada perkara berkaitan politik.

Bagi minggu yang baru berakhir,ringgit naik kepada4.4200/4265 berbanding dolar US daripada 4.4335/4400minggu lepas.

Setakat ini, ringgit meningkat 1.09 peratus.

Related Articles

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 15 April (Livevartha)– Bursa Malaysia dibuka meningkat pada Selasa, dipacu...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 15 April (Livevartha)– Ringgit memulakan...

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 14 April(Livevartha) — Niaga hadapanFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama
Pasaran

Ringgit Tinggi, Dolar Merosot Susulan Pertikaian Perdagangan Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 14 April(Livevartha) — Ringgit terus...