Home Nasional Perdana Menteri hadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan
Nasional

Perdana Menteri hadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan

Perdana Menteri hadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan

Mesyuarat khas itu memberi fokus kepada isu-isu pembangunan negeri, perancangan infrastruktur serta usaha memperkukuh kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan/Foto PMO

KOTA BHARU, 12 April — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kelantan yang berlangsung di Kompleks Kota Darulnaim, di sini.

Ketibaan beliau pada pukul 8.40 pagi disambut Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud bersama barisan exco dan pengurusan tertinggi kerajaan negeri.

Turut mengiringi Perdana Menteri, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Mesyuarat tertutup selama hampir sejam itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Difahamkan, mesyuarat khas itu memberi fokus kepada isu-isu pembangunan negeri, perancangan infrastruktur serta usaha memperkukuh kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan.

Datuk Seri Anwar berada di Kelantan hari ini bagi menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 peringkat negeri Kelantan yang dijadual berlangsung di Pantai Irama, Bachok pada pukul 10.30 pagi.

Related Articles

Sultan Perak dan DUN Perak zahir takziah atas pemergian Tun Abdullah
Nasional

Sultan Perak dan DUN Perak zahir takziah atas pemergian Tun Abdullah

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berkenan menyantuni anggota-anggota Dewan Undangan Negeri sempena...

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Johor, Sabah berkurangan
Nasional

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Johor, Sabah berkurangan

Foto FailKUALA LUMPUR, 15 April– Situasi banjir di Johor dan Sabah menunjukkan...

Penghormatan terakhir Tun Abdullah diawalkan 10.00 pagi
Nasional

Penghormatan terakhir Tun Abdullah diawalkan 10.00 pagi

Foto RTMKUALA LUMPUR, 15 April – Sesi penghormatan terakhir jenazah Allahyarham Tun...

Jenazah Tun Abdullah tiba di Masjid Negara untuk penghormatan terakhir
Nasional

Jenazah Tun Abdullah tiba di Masjid Negara untuk penghormatan terakhir

Foto RTMKUALA LUMPUR, 15 April – Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi...