Wednesday , 16 April 2025
Home Ekonomi Ringgit dijangka meningkat minggu depan berikutan kelemahan dolar
Ekonomi

Ringgit dijangka meningkat minggu depan berikutan kelemahan dolar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 April- Ringgit dijangka meningkat minggu berbanding dolar US minggu depan, diunjurkan diniagakan antara paras 4.41 dan 4.42, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Beliau berkata pergerakan Indeks Dolar AS (DXY) akan menjadi tumpuan, ia susut kepada 99.758 mata pada Khamis.

\”Sekiranya DXY kekal lemah, ringgit mungkin akan terus meningkat,\” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang sedang berlaku sekarang akan kekal sebagai faktor utama mempengaruhi sentimen pasaran.

Beliau berkata ketidaktentuan terhadap pegumumuman oleh pentadbiran AS bakal menyebabkan pasaran bersikap berhati-hati kerana pelabur sukar untuk menilai sama ada perkembangan itu akan memberi kesan positif atau negatif kepada ekonomi global.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes menjangkakan pasaran pertukaran asing akan stabil minggu depan, kesan perang perdagangan semakin reda apabila ia beralih daripada kebimbangan yang didorong oleh dasar kepada perkara berkaitan politik.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit naik kepada 4.4200/4265 berbanding dolar US daripada 4.4335/4400 minggu lepas.

Setakat ini, ringgit meningkat 1.09 peratus.

Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0952/1000 daripada 3.0294/0340 minggu lepas, turun berbanding euro kepada 5.0207/0281 daripada 4.8706/8778, jatuh berbanding pound Britain kepada 5.7849/7934 daripada 5.7591/7676.

Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.75/7.77 daripada 7.80/7.782 namun naik berbanding rupiah Indonesia kepada 263.1/263.6 daripada 266.2/266.7 minggu lepas.

Bagaimanapun, ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.3495/3549 daripada 3.3153/3204 dan menguncup berbanding baht Thailand kepada 13.1599/1902 daripada 12.9589/9847 sebelum itu.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

Foto FailKUALA LUMPUR, 15 April– Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan...

Ekonomi

Forum FACT: Ruang kembangkan industri komoditi secara global

Forum FACT bertemakan ‘Meningkatkan Sokongan Kepada Pekebun Kecil’, fokus isu komoditi dan...

Ekonomi

Tiga strategi utama Malaysia tangani isu tarif balas AS – Tengku Zafrul

Perdana Menteri pengerusi Mesyuarat NGCC, Tengku Zafrul umum tiga strategi hadapi isu...

Ekonomi

Tengku Zafrul: Malaysia fokus rundingan, tidak kenakan tarif timbal balas

Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Pemandu NGCC dipengerusikan Perdana Menteri bagi membincangkan strategi Malaysia...