Wednesday , 16 April 2025
Home Ekonomi Bank Dunia umum pakej pembiayaan AS$12 bilion untuk Argentina
Ekonomi

Bank Dunia umum pakej pembiayaan AS$12 bilion untuk Argentina

Foto Reuters

WASHINGTON, 12 April – Bank Dunia dijangka mengumumkan satu pakej pembiayaan bernilai AS$12 bilion kepada Argentina sebagai tambahan kepada kelulusan perjanjian pinjaman bernilai AS$20 bilion oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Menurut sumber, pengumuman itu dijangka dibuat serentak dengan pengesahan IMF bagi menyalurkan bantuan kewangan kepada negara Amerika Selatan itu yang sedang bergelut dengan cabaran ekonomi.

Selain Bank Dunia, Bank Pembangunan Inter-Amerika (IDB) turut dijangka mengumumkan pakej pembiayaan tersendiri kepada Argentina.

Perkembangan itu berlaku selepas pengumuman oleh Bank Pusat Argentina pada hari Jumaat yang memaklumkan pelonggaran kawalan pasaran pertukaran asing, sekali gus membenarkan mata wang peso bergerak secara bebas dalam julat antara 1,000 hingga 1,400 peso bagi setiap dolar Amerika Syarikat.

Langkah untuk memansuhkan kawalan modal yang ketat itu dilihat sebagai syarat penting bagi membolehkan Argentina mendapat akses kepada pembiayaan baharu daripada institusi kewangan antarabangsa.

Kesemua pengumuman tersebut dijangka dibuat secara serentak bersama kelulusan rasmi daripada IMF.-REUTERS

Related Articles

Ekonomi

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

Foto FailKUALA LUMPUR, 15 April– Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan...

Ekonomi

Forum FACT: Ruang kembangkan industri komoditi secara global

Forum FACT bertemakan ‘Meningkatkan Sokongan Kepada Pekebun Kecil’, fokus isu komoditi dan...

Ekonomi

Tiga strategi utama Malaysia tangani isu tarif balas AS – Tengku Zafrul

Perdana Menteri pengerusi Mesyuarat NGCC, Tengku Zafrul umum tiga strategi hadapi isu...

Ekonomi

Tengku Zafrul: Malaysia fokus rundingan, tidak kenakan tarif timbal balas

Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Pemandu NGCC dipengerusikan Perdana Menteri bagi membincangkan strategi Malaysia...