Home Pasaran Bursa Malaysia Teruskan Momentum Meningkat, Naik 64.41 Mata Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Meningkat, Naik 64.41 Mata Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Meningkat, Naik 64.41 Mata Pada Tengah Hari

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 10 April(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, didorong oleh sentimen positif susulan pengumuman penangguhan sementara tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang meredakan potensiperang dagangan besar-besaran serta berlakunya kemelesetan ekonomi.

Pada12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 64.41 mata atau 4.60 peratus kepada1,465.00 daripada 1,400.59 di akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka meningkat mendadak sebanyak 63.71 mata pada 1,464.30 dan bergerak dalam julat 1,453.13 hingga 1,473.36 pada sesi dagangan pagi.

Pasaran secara meluas adalahpositifdengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 989 berbanding166manakala 261 kaunter tidak berubah, 950 tidak didagangkan dan 10 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak2.85 bilion saham bernilai RM2.14 bilion.

PeniagaActivTrades Anderson Alves berkata ekuiti Asia diniagakan kukuh susulan pengumumanPresiden AS Donald Trump mengenai tempoh penangguhan tarif selama 90 hari.

“Peserta pasaran kini memberi tumpuan terhadap sebarang isyarat rundingan atau perjanjian daripada China — khususnya selepas semua aset berisiko menyaksikan aliran masuk dana di Wall Street pada tengah hari semalam,” katanya kepada Livevartha.

Bagi saham wajaran tinggi,Maybank naik 47 sen kepada RM9.97, Public Bank Public Bank menokok14 sen kepada RM4.23, Tenaga Nasional menambah 46 sen kepada RM13.28, CIMB melonjak 54 sen kepada RM6.89dan IHH Healthcare meraih lima sen kepada RM6.76.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...