Home Ekonomi Tempoh tangguh tarif singkat berbanding jangkaan
Ekonomi

Tempoh tangguh tarif singkat berbanding jangkaan

Tempoh tangguh tarif singkat berbanding jangkaan

SANTIPHAB Phomvihane bercakap pada sidang akhbar selepas Pelancaran Pelan Tindakan Dana Infrastruktur ASEAN (AIF) 2025-2028 pada Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR: Tempoh penangguhan tarif selama 90 hari dianggap terlalu singkat dan menjangkakan penangguhan itu sepatutnya lebih lama berbanding itu, kata Timbalan Menteri Kewangan Laos, Soulivath Souvannachoumkham.

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan untuk menangguhkan tarif perdagangan baharu terhadap puluhan negara bagi tempoh 90 hari.

Namun, langkah itu tidak termaktub untuk China, malah AS terus meningkatkan tekanan terhadap negara itu.

Keputusan tersebut dibuat dalam tempoh kurang dari 24 jam selepas kadar tarif baharu dilaksanakan oleh pentadbiran Trump yang menyaksikan pasaran saham dunia merudum.

Beliau berkata, isu tersebut merupakan perkara baharu dan sangat penting bukan sahaja kepada negara-negara ASEAN, malah kepada seluruh dunia termasuk Laos sendiri.

“Mungkin ini antara kesan yang akan kami hadapi dalam beberapa bulan akan datang.

“Sudah tentu ia sukar dan mencabar bagi banyak negara, terutamanya negara kecil dan berpendapatan rendah seperti kami kerana kuasa tawar-menawar yang terhad,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Dana Infrastruktur ASEAN (AIF) 2025 hingga 2028 di sini, hari ini.

Menurutnya, Laos kini sedang membuat persiapan untuk berbincang dengan negara-negara ASEAN bagi menentukan pendekatan terbaik, sama ada menerusi blok serantau itu atau secara individu.

“Dari segi hubungan dua hala pula, kami akan meneliti bagaimana rundingan dengan AS dapat dijalankan bagi menyelesaikan isu ini.

“Selain itu, kami mahu mencari penyelesaian dua hala untuk memperbaiki perdagangan dan meningkatkan pelaburan di negara-negara yang terjejas akibat tarif baharu yang dikenakan oleh pentadbiran Trump,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...