Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi Menjejaki Keuntungan COMEX
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi Menjejaki Keuntungan COMEX

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi Menjejaki Keuntungan COMEX

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 April(Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, mengakhiri penurunan empat hari berturut-turut seiring dengan peningkatan di Bursa Komoditi New York (COMEX) dandi tengah-tengah ketegangan perang perdagangan yang memuncak.

Pengarah UrusanSPI Asset ManagementStephen Innes berkata aliran meningkat itu walaupun hasil Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh, menunjukkan peralihan dalam sentimen pelabur.

“Dolar AS juga gagal untuk mengikut rentak, menunjukkan bahawa emas semakin dilihat bukan sahaja sebagai pelindung nilai geopolitik tetapisebagai cerminan keyakinan yang semakin berkurangan terhadap status selamat Dolar AS,” katanya kepada Livevartha.

Ketika ditutup hari ini, semerta bulan April 2025 meningkat kepadaUS$3,056.70 setiap auns troy daripadaUS$3,004.50 setiap auns troy semalam, manakala Mei 2025 lebih tinggi padaUS$3,067.10 setiap auns troy berbandingUS$3,016.30 setiap auns troy sebelumnya.

Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025 meningkat kepadaUS$3,077.20 setiap auns troy daripadaUS$3,027.50 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 552 lot daripada 187 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 586 kontrak daripada 238 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapanLondon Bullion Market Association pada 8 April, harga fizikal emas berada padaUS$3,015.40 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...