Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 April (Livevartha)– Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan meningkat mendadak, menjejaki prestasi semalaman pasaran Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan sementara tarif, kata penganalisis.
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatat kenaikan sebanyak 53.29 mata atau 3.81 peratus kepada1,453.88 daripada 1,400.59 pada penutup semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka melonjak 63.71 mata kepada 1,464.30.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 743 berbanding 54, sebanyak 180 kaunter tidak berubah, 1,389 tidak didagangkan dan 10 digantung dagangannya.
Dalam dagangan semalaman, pasaran AS seperti Dow Jones meraih 7.87 peratus kepada40,608.45, S&P 500 naik 9.52 peratus kepada5,456.90 manakala Nasdaq Composite menoko k 12.16 peratus kepada17,124.97.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ekuiti AS mencatat kenaikan terbesarselepas Trump bertindak mengumumkan penangguhan sementara tarif selama 90 hari dan menurunkan tarif timbal balaskepada asas 10 peratus, kecuali bagi China yang menyaksikan kadar itu dinaikkan kepada 125 peratus.
Bagaimanapun, beliau berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati terhadap pendirian China dalam perang perdagangannya dengan AS yang berlanjutan.
Di peringkat tempatan,Thong menjangkakan berlakunya pemulihan serta-merta dalam pasaran hari ini apabila pelabur menghadam petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street.