Home Ekonomi Sapura Energy O&M peroleh kontrak bernilai RM40j
Ekonomi

Sapura Energy O&M peroleh kontrak bernilai RM40j

Sapura Energy O&M peroleh kontrak bernilai RM40j

PETALING JAYA: Sapura Energy Berhad (SEB) dianugerahkan kontrak untuk perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian untuk kemudahan luar pesisir di Semenanjung Malaysia, yang bernilai anggaran RM40 juta. 

Menurut kenyataannya, kontrak tersebut diperoleh melalui anak syarikat milik penuhnya, Sapura Fabrication Sdn. Bhd., di bawah bahagian Perniagaan Operasi dan Penyelenggaraan (O&M).

Kontrak ini berkuat kuasa mulai 10 Mac 2025 untuk tempoh enam bulan, dengan pilihan untuk lanjutan enam bulan tambahan.

Skop kerja merangkumi penyelenggaraan utama bahagian atas, peningkatan kemudahan, sambungan dan pengkomisenan untuk kemudahan brownfield (kawasan lapang yang pernah digunakan untuk pembangunan dan kini terbengkalai) dan kawasan lapang pertanian (greenfield), penyelenggaraan struktur minyak dan gas, penyelenggaraan sistem perangkap  dan penyelenggaraan kawasan tempat tinggal. 

Ini termasuk pengurusan projek, kejuruteraan dan pengurusan pembinaan untuk aktiviti di darat dan luar pesisir, serta penyediaan alat dan perkhidmatan yang relevan.

Ketua Pegawai Eksekutif Operasi (CEO) dan Penyelenggaraan di Sapura Energy, Nasri Mehat berkata, pihaknya amat berbangga dalam menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan pengubahsuaian bahagian atas, memastikan kemudahan pelanggan kekal selamat dan beroperasi pada kecekapan maksimum. 

“Kami sangat menghargai kepercayaan dan sokongan yang berterusan daripada klien kami dan tetap komited untuk memberikan kecemerlangan dengan standard keselamatan yang tertinggi. 

“Sebagai CEO O&M, saya secara peribadi mengawasi semua kontrak dalam bahagian ini, memastikan dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi untuk memenuhi jangkaan,” katanya dalam kenyataan.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...