Home Pasaran Ringgit Terus Alami Penurunan Berbanding Dolar AS Susulan Kebimbangan Kadar Tarif
Pasaran

Ringgit Terus Alami Penurunan Berbanding Dolar AS Susulan Kebimbangan Kadar Tarif

Ringgit Terus Alami Penurunan Berbanding Dolar AS Susulan Kebimbangan Kadar Tarif

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 April –Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)berikutanterjejas oleh kebimbangan pasaran yang berlarutan terhadap kadar tarif Presiden AS Donald Trump.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosotkepada 4.4885/4930 berbanding dolar AS daripada4.4775/4840 ketika ditutup padaIsnin.

Bagaimanapun, ringgit mengukuhberbanding mata wang utama yang lain.

Ketua EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashidberkata ringgit seketika mencecah RM4.5000 berbanding dolar AS semasa sesi dagangan awal pagi sebelum meningkat sedikit kemudiannya pada hari yang sama.

Beliau berkata, Trump nampaknya bertekadmempertahankan pendirian dasarnya dan terus mengamalkan pendekatan konfrontasi terhadap negarayang bertindak balas terhadaptarif AS, selain menunjukkan tempoh gangguan berkaitan tarif yang berpanjangan.

"Masih belum pasti sejauh mana pentadbiran Trump akan terbuka untuk rundingan dengan negara-negara laindan ini jelas menambah ketidakpastian terhadap prospek ekonomi global pada tahun ini.

"Pasaran mata wang dijangkakekal tidak menentudalam jangka pendek," katanya kepada Livevartha.

Ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang utama hari ini.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...