Home Nasional Banjir Johor, Sabah beransur pulih
Nasional

Banjir Johor, Sabah beransur pulih

Banjir Johor, Sabah beransur pulih

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 April– Keadaan banjir di Johor dan Sabah tidak jauh berubah dengan jumlah penduduk terjejas di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan sedikit kepada 472 orang berbanding 481 orang, petang semalam.

Di Johor, jumlah penduduk terjejas di Batu Pahat menurun kepada 326 orang daripada 109 keluarga setakat pukul 9.00 pagi ini, berbanding 334 orang daripada 110 keluarga direkodkan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata kesemua penduduk terjejas ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading, Batu Pahat.

Mereka merupakan penduduk Kampung Baharu, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan dan Kampung Parit Samijan.

Rohani berkata stesen Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat dilaporkan melepasi paras amaran dengan bacaan 3.26 meter.

“Selain itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir di Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di Sabah, Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan setakat 8.00 pagi ini, jumlah penduduk terjejas banjir di Kinabatangan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam kekal 146 orang daripada 31 keluarga daripada empat kampung di daerah itu.- BERNAMA

Related Articles

Anwar tekan peluang pelaburan di Malaysia kepada pemimpin perniagaan Thailand
Nasional

Anwar tekan peluang pelaburan di Malaysia kepada pemimpin perniagaan Thailand

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mengadakan mesyuarat bersama pemain industri...

Lebih 31,000 bakal jemaah haji selesai saring kesihatan, berdaftar dalam IPS
Nasional

Lebih 31,000 bakal jemaah haji selesai saring kesihatan, berdaftar dalam IPS

Datuk Seri Dr Dzulkefly AhmadPUTRAJAYA, 17 April- Lebih 31,000 bakal jemaah haji...

Ziarah Kasih PPZ-MAIWP, 1,250 pelajar asnaf terima bantuan IPT
Nasional

Ziarah Kasih PPZ-MAIWP, 1,250 pelajar asnaf terima bantuan IPT

Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 17 April- Pusat Pungutan Zakat...

TMM2.0 akan dilancar pada 31 Disember
Nasional

TMM2.0 akan dilancar pada 31 Disember

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) meluangkan masa melawat...