Home Nasional Warga emas maut, tiga OKU cedera dalam kebakaran rumah
Nasional

Warga emas maut, tiga OKU cedera dalam kebakaran rumah

Warga emas maut, tiga OKU cedera dalam kebakaran rumah

Foto Ihsan JBPM

MARANG, 8 April– Seorang wanita warga emas maut manakala tiga ahli keluarganya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Taman Emas Murni, Marang.

Kebakaran berlaku pada pukul 4.00 pagi tadi meragut nyawa, Razaidah Mohamad, 78 tahun.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd. Sofian Redzuan yang mengesahkan kejadian berkata tiga lagi ahli keluarga mangsa iaitu anak serta dua cucunya yang juga merupakan OKU mental dan pembelajaran berjaya menyelamatkan diri.

Ketika kejadian, mangsa bersama anak perempuan yang dikenali sebagai Nur Halimahtun Mat Zin, 49 tahun yang merupakan OKU mental dan dua cucunya, Nur Aisyah Najwa, 23 tahun dan Muhamad Nur Hakim, 19 tahun serta Aishah terperangkap di dalam kebakaran rumah tersebut.

Ketiga-tiga mangsa yang cedera dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Timbalan Penguasa Bomba Che Badrul Isham Che Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.25 pagi.

15 anggota dari BBP Marang dan Kuala Terengganu mengambil masa 30 minit mengawal kebakaran.

\”Mendapati kebakaran rumah bersaiz 30X40 terbakar 60 peratus. Didapati empat mangsa OKU dan tiga mangsa diselamatkan orang awam dan seorang lagi mangsa terperangkap di dalam rumah.

Kita menjalankan operasi pemadaman dan mendapati mangsa berada di bilik belakang,\” kata Che Badrul kepada pemberita, hari ini.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam sisatan.

Related Articles

Anwar tekan peluang pelaburan di Malaysia kepada pemimpin perniagaan Thailand
Nasional

Anwar tekan peluang pelaburan di Malaysia kepada pemimpin perniagaan Thailand

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mengadakan mesyuarat bersama pemain industri...

Lebih 31,000 bakal jemaah haji selesai saring kesihatan, berdaftar dalam IPS
Nasional

Lebih 31,000 bakal jemaah haji selesai saring kesihatan, berdaftar dalam IPS

Datuk Seri Dr Dzulkefly AhmadPUTRAJAYA, 17 April- Lebih 31,000 bakal jemaah haji...

Ziarah Kasih PPZ-MAIWP, 1,250 pelajar asnaf terima bantuan IPT
Nasional

Ziarah Kasih PPZ-MAIWP, 1,250 pelajar asnaf terima bantuan IPT

Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 17 April- Pusat Pungutan Zakat...

TMM2.0 akan dilancar pada 31 Disember
Nasional

TMM2.0 akan dilancar pada 31 Disember

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) meluangkan masa melawat...