Home Ekonomi Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, disokong operasi BNM
Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, disokong operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 April– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM28.90 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam RM21.35 bilion.

Pada hari ini, bank pusat itu akan menawarkan satu tender repo berbalik sebanyak RM2.8 bilion selama tujuh hari dan tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan belian semula) sebanyak RM280 juta selama tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula dan kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat itu akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.70 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM21.60 bilion.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 18 April – Ringgit mengukuh berbanding dolar...

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia
Ekonomi

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia

Tan Sri Robert KuokPETALING JAYA: Kekayaan kolektif 50 taikun utama Malaysia meningkat...

Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 17 April– Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat...

Pengasas Speed Mart muncul dalam senarai individu terkaya Forbes Malaysia
Ekonomi

Pengasas Speed Mart muncul dalam senarai individu terkaya Forbes Malaysia

LEE THIAM WAHPETALING JAYA: Pengasas 99 Speed Mart Holdings, Lee Thiam Wah...