Home Pasaran Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Ketidaktentuan Pasaran Berterusan
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Ketidaktentuan Pasaran Berterusan

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Ketidaktentuan Pasaran Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 7 April (Livevartha) — Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan kekurangan minat belian selepas ketidaktentuan pasaran yang berterusan disebabkan tarif timbal balas global oleh Presiden Amerika Syarikat (AS)Donald Trump.

Pada 8.09 pagi, ringgit susut kepada 4.4485/4765 berbanding dolar AS daripada 4.4335/4400 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran mata wang dijangka terus tidak menentu dengan sentimen lemah susulan pengumuman tarif oleh pentadbiran Trump minggu lepas.

Katanya S&P 500 dan niaga hadapan Nasdaq, masing-masing merosot 4.57 peratus dan 5.33 peratus pada Jumaat lepas, menunjukkan pelabur kurang keyakinan terhadap aset yang mempunyai risiko.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berikutan permintaan untuk mata wang selamat seperti dolar AS dijangka terus mendominasi dagangan.

“Pasaran mata wang berhati-hati terhadap risiko kemelesetan yang berkaitan di AS berikutan tarif akan meningkatkan kos menjalankan perniagaan dan akan menyebabkan penurunan yang ketara dalam permintaan di AS,” katanya kepada Livevartha.

Oleh itu, katanya Rizab Persekutuan (Fed) AS kekal tenang.

Beliau berkata niaga hadapan kadar faedah AS menunjukkan kebarangkalian lebih 100 peratus penurunan Kadar Dana Fed pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada Jun dan Julai.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...