Home Nasional Malaysia dilantik Ahli Suruhanjaya Pendudukan dan Pembangunan
Nasional

Malaysia dilantik Ahli Suruhanjaya Pendudukan dan Pembangunan

Malaysia dilantik Ahli Suruhanjaya Pendudukan dan Pembangunan

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 5 April– Malaysia berjaya dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Penduduk dan Pembangunan (CPD) bagi penggal 2026 hingga 2030 pada Mesyuarat Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bersatu (ECOSOC) di New York pada 4 April 2025.

Kementerian Luar menerusi kenyataan memaklumkan penggal keanggotaan empat tahun Malaysia akan bermula pada Sesi ke-60 CPD pada 2026 dan berakhir pada Sesi ke-63 CPD pada 2030.

“Pelantikan ini mencerminkan pengiktirafan komuniti antarabangsa terhadap peranan aktif negara dalam mempercepatkan tindakan ke arah pelaksanaan Program Tindakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penduduk dan Pembangunan.

\”…Serta komitmen berterusan negara untuk mengukuhkan dasar kependudukan demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat Malaysia selaras dengan prinsip keterangkuman, kesaksamaan dan penghormatan ke atas hak asasi manusia.

Selaras dengan Agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030, Malaysia menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan semua pihak dalam menangani isu berkaitan populasi menerusi perkongsian pengalaman dan program bina upaya.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berperanan penting dalam memastikan penglibatan aktif Malaysia di CPD, khususnya dalam memajukan dasar-dasar berkaitan kesaksamaan gender, perancangan keluarga dan pembangunan sosial.

\”CPD adalah organ subsidiari kepada ECOSOC yang dianggotai 47 negara ahli yang dipilih oleh ECOSOC untuk tempoh empat tahun. CPD bertanggungjawab ECOSOC mengenai isu-isu yang berkaitan dengan penduduk dan pembangunan\”, menurut kenyataan itu.

Related Articles

183 aduan MyJPJ direkod sepanjang Op Khas HRA 2025 di Melaka
Nasional

183 aduan MyJPJ direkod sepanjang Op Khas HRA 2025 di Melaka

Foto FailBUKIT PIATU, 9 April- Sebanyak 183 aduan diterima berkaitan kesalahan yang...

Op HRA: JPJ KL keluarkan 4,559 notis saman
Nasional

Op HRA: JPJ KL keluarkan 4,559 notis saman

Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 April- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala...

Banjir Johor: 104 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 104 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 9 April- Seramai 309 orang daripada 104 keluarga terjejas...

Kebakaran Putra Heights: MCMC ambil tindakan segera
Nasional

Kebakaran Putra Heights: MCMC ambil tindakan segera

Foto Facebook MCMCCYBERJAYA, 8 April– Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil...