Home Nasional Insiden Putra Heights: Operasi tumpu kerja sedut air di kawah kebakaran
Nasional

Insiden Putra Heights: Operasi tumpu kerja sedut air di kawah kebakaran

Insiden Putra Heights: Operasi tumpu kerja sedut air di kawah kebakaran

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 April- Mengeluarkan air yang bertakung di kawasan kawah kebakaran dan letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya susulan hujan lebat semalam menjadi fokus utama operasi yang memasuki hari keenam hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata ini bagi membolehkan kerja-kerja penilaian keselamatan disambung semula.

“Kita masih lagi tumpukan kawah kebakaran untuk pagi ini sebab masih banyak air perlu disedut keluar sebelum boleh sambung kerja-kerja penilaian macam biasa,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, satu sidang media akan diadakan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pada 4.00 petang ini di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Putra Heights, Subang Jaya.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Nor Hisyam Mohammad berkata kerja-kerja penilaian akhir keselamatan di kawasan kawah kebakaran dan letupan paip gas di Putra Heights dijangka selesai hari ini.

Nor Hisyam berkata ia kemudian akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam masa terdekat.

Penilaian akhir tersebut hanya meliputi kawasan kawah kebakaran sahaja dan tidak termasuk kawasan infrastruktur terjejas.

Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa lepas, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Sebanyak 148 rumah terjejas serta mengalami kerosakan, tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan manakala 87 lagi rumah mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh didiami.

Setakat semalam, sebanyak 509 keluarga telah mendaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan sebahagian mangsa tidak tinggal di situ dan jumlah itu dijangka bertambah memandangkan terdapat segelintir berada di luar kawasan semasa kejadian berlaku pada hari raya kedua itu.

Mereka yang masih belum mendaftar di PPS juga dinasihatkan berbuat demikian bagi mengelakkan tercicir daripada menerima bantuan yang diumumkan, dan pendaftarannya akan ditutup tengah hari ini.- BERNAMA

Related Articles

183 aduan MyJPJ direkod sepanjang Op Khas HRA 2025 di Melaka
Nasional

183 aduan MyJPJ direkod sepanjang Op Khas HRA 2025 di Melaka

Foto FailBUKIT PIATU, 9 April- Sebanyak 183 aduan diterima berkaitan kesalahan yang...

Op HRA: JPJ KL keluarkan 4,559 notis saman
Nasional

Op HRA: JPJ KL keluarkan 4,559 notis saman

Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 April- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala...

Banjir Johor: 104 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 104 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 9 April- Seramai 309 orang daripada 104 keluarga terjejas...

Kebakaran Putra Heights: MCMC ambil tindakan segera
Nasional

Kebakaran Putra Heights: MCMC ambil tindakan segera

Foto Facebook MCMCCYBERJAYA, 8 April– Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil...