Home Nasional Banjir: Penduduk terjejas di Batu Pahat 254 orang
Nasional

Banjir: Penduduk terjejas di Batu Pahat 254 orang

Banjir: Penduduk terjejas di Batu Pahat 254 orang

Foto APM

BATU PAHAT, 5 April– Angka penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading, Batu Pahat, Johor meningkat kepada 254 penduduk, berbanding 244 orang, setakat pukul 12.00 malam.

PPS berkenaan dibuka pukul 2.00 petang tadi, susulan banjir kilat yang melanda Kampung Baharu, Batu Pahat.

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, PPS itu menempatkan 88 buah keluarga dari kampung berkenaan.

Sungai Senggarang, Batu Pahat juga berada pada paras amaran 3.36 meter dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat berada pada paras waspada 5.00 meter. Selain, Sungai Batu Pahat di Jabatan Pengairan dan Saliran Batu Pahat berada pada paras waspada 2.30 meter.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Johor turut melakukan pemantauan di lokasi berisiko.

Related Articles

183 aduan MyJPJ direkod sepanjang Op Khas HRA 2025 di Melaka
Nasional

183 aduan MyJPJ direkod sepanjang Op Khas HRA 2025 di Melaka

Foto FailBUKIT PIATU, 9 April- Sebanyak 183 aduan diterima berkaitan kesalahan yang...

Op HRA: JPJ KL keluarkan 4,559 notis saman
Nasional

Op HRA: JPJ KL keluarkan 4,559 notis saman

Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 April- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala...

Banjir Johor: 104 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 104 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 9 April- Seramai 309 orang daripada 104 keluarga terjejas...

Kebakaran Putra Heights: MCMC ambil tindakan segera
Nasional

Kebakaran Putra Heights: MCMC ambil tindakan segera

Foto Facebook MCMCCYBERJAYA, 8 April– Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil...