Home Ekonomi Pasaran getah lebih rendah minggu depan berikutan tarif AS
Ekonomi

Pasaran getah lebih rendah minggu depan berikutan tarif AS

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 5 April- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih rendah susulan pengumuman tarif Amerika Syarikat (AS) yang menjejaskan prospek permintaan global, kata Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Hal ini ditambah dengan perang dagangan berterusan yang turut menyumbang kepada kelembapan dalam ekonomi global.

Persatuan itu berkata pengumuman tarif tersebut menjejaskan industri di seluruh dunia selain mengakibatkan penurunan dalam pasaran niaga hadapan serantau, turun naik harga minyak dan penurunan dalam sentimen pasaran.

Bagaimanapun, ia melihat harga getah mungkin mendapat sedikit sokongan disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk yang memberi kesan negatif kepada pengeluaran getah asli serta bekalan terhad.

\”Ini sebagai tambahan kepada jangkaan iaitu kerajaan China akan memperkenalkan langkah rangsangan selanjutnya bagi mengurangkan kesan tarif AS yang boleh membantu menstabilkan harga,\” kata persatuan itu kepada Bernama.

Menurut persatuan berkenaan, prestasi pasaran hadapan getah serantau bersama-sama dengan pengukuhan ringgit, harga minyak dan sebarang perkembangan lanjut mengenai tarif, juga akan mempengaruhi harga.

Sementara itu, pakar industri, Denis Low berkata pasaran getah tempatan dijangka tidak menentu minggu depan terutamanya disebabkan oleh situasi tarif AS.

Menurut beliau, ia akan mengambil masa bagi menilai sepenuhnya kesan terhadap industri dan negara tertentu.

\”Dalam persekitaran seperti ini, kemungkinan wujud amalan berhati-hati dalam aktiviti penyimpanan berikutan komoditi mungkin mengalami kemerosotan serta-merta yang menyebabkan pasaran getah bergerak mendatar atau lebih rendah minggu depan,\” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) menurun sebanyak 38 sen kepada 836.5 sen sekilogram manakala lateks pukal susut sebanyak 3.0 sen kepada 668 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Dividen Bank Rakyat 17 peratus, kekal kadar dua digit
Ekonomi

Dividen Bank Rakyat 17 peratus, kekal kadar dua digit

DATUK Mohd Irwan Mohd Mubarak (tengah) bergambar ketika majlis Pengumuman Prestasi Kewangan...

Manfaat takaful cecah RM10.2 bilion, naik 16.73% pada 2024
Ekonomi

Manfaat takaful cecah RM10.2 bilion, naik 16.73% pada 2024

WAN Saifulrizal Wan Ismail (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Radzuan Mohamed...

CIMB tawar Kad Debit Visa dengan pulangan tunai bagi tol dan transit
Ekonomi

CIMB tawar Kad Debit Visa dengan pulangan tunai bagi tol dan transit

PETALING JAYA: CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB) memperkenalkan...

Lawatan Presiden Xi dijangka buka banyak peluang strategik perdagangan
Ekonomi

Lawatan Presiden Xi dijangka buka banyak peluang strategik perdagangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden China, Xi Jinping di Kompleks...