Home Ekonomi Niaga hadapan emas ditutup rendah susulan pengumuman tarif Trump
Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup rendah susulan pengumuman tarif Trump

Foto fail

KUALA LUMPUR, 4 April – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif menutup minggu ini dengan lebih rendah, sejajar dengan harga emas antarabangsa berikutan pengumuman tarif pertengahan minggu Donald Trump, kata penganalisis.

Pengumuman tersebut mencetuskan jualan besar-besaran dalam ekuiti dan emas disebabkan ketidakpastian yang tinggi mengenai implikasi pergerakan tarif dengan harga emas jatuh ke tahap terendahnya dalam seminggu.

Pada penutup hari ini, April 2025 susut kepada US$3,105.20 setiap auns troy daripada US$3,134.60 setiap auns troy yang dicatatkan semalam.

Mei 2025 berkurangan kepada US$3,118.00 setiap auns troy berbanding US$3,147.40 setiap auns troy sebelum ini.

Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025 semuanya melemah kepada US$3,126.80 setiap auns troy daripada US$3,160.20 setiap auns troy.

Jumlah dagangan jatuh kepada 114 lot berbanding 191 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menyempit kepada 141 kontrak daripada 262 kontrak.

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 3 April, harga emas fizikal berada pada US$3,118.10 setiap auns troy. – Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit tinggi, dolar merosot susulan pertikaian perdagangan meningkat

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 14 April- Ringgit terus meningkat untuk dibuka tinggi berbanding...

Kumpulan Richiamo sasar hasil RM120 juta tahun ini
Ekonomi

Kumpulan Richiamo sasar hasil RM120 juta tahun ini

MUHAMAD Zamry Abu Samah ketika ditemui di Richaimo Coffee baru-baru ini.PETALING JAYA:...

Ekonomi

MITI bentang analisis baharu impak tarif AS di mesyuarat NGCC esok

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz...

Ekonomi

Ringgit berpotensi naik berbanding dolar AS, indeks dolar jadi tumpuan

Foto fail KUALA LUMPUR, 13 April – Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar...