Home Ekonomi FMM cadang tiga langkah strategik tangani kesan tarif AS
Ekonomi

FMM cadang tiga langkah strategik tangani kesan tarif AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 4 April-Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia, FMM mencadangkan beberapa langkah strategik bagi memastikan aliran perdagangan negara kekal lancar dan daya saing industri tidak terjejas susulan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat pada Khamis.

Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai menerusi kenyataan berkata, sebanyak tiga langkah utama diperlukan bagi menangani kesan tarif tersebut.

Pertama, rundingan diplomatik dengan Amerika Syarikat melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu diperkukuh.

Kedua, Malaysia juga perlu mengemukakan bukti komitmen terhadap perdagangan bebas.

Ketiga, Malaysia perlu mengukuhkan kerjasama ekonomi dan keselamatan dengan Amerika Syarikat melalui rangka kerja seperti Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan (TIFA).

“Kerajaan dan industri perlu mengambil tindakan tegas dan strategik untuk melindungi eksport Malaysia serta memastikan daya saing industri tempatan tidak terjejas dalam jangka panjang,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan yang proaktif dan inklusif akan membantu Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan yang dipercayai di peringkat global.

Rabu lepas, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenakantarif timbal balik 24 peratus ke atas import dari Malaysia dalam gelombang perang perdagangan global.

Trump berkata langkah itu diambil kerana terdapat ketidakseimbangan dalam hubungan perdagangan dua hala AS, termasuk kadar tarif yang berbeza, sekatan bukan tarif, serta dasar ekonomi negara-negara rakan dagang yang didakwa menekan gaji domestik dan penggunaan dalam negara.

Related Articles

Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, disokong operasi BNM

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 April– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Ekonomi

Minat buru saham harga rendah pacu Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 8 April – Bursa Malaysia kembali melantun pada awal...

Ekonomi

Ringgit menyusut, pelabur enggan tanggung risiko kesan tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 April– Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan susut...

Pasaran sukuk ASEAN catat pertumbuhan stabil pada 2023
Ekonomi

Pasaran sukuk ASEAN catat pertumbuhan stabil pada 2023

ABDUL Rasheed Ghaffour (kanan) bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah...