Home Nasional JIM tawar penggantian pasport Malaysia percuma kepada mangsa di Putra Heights
Nasional

JIM tawar penggantian pasport Malaysia percuma kepada mangsa di Putra Heights

JIM tawar penggantian pasport Malaysia percuma kepada mangsa di Putra Heights

Beberapa petugas berada di kawasan insiden kebakaran melibatkan saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 April- Jabatan Imigresen (JIM) menawarkan penggantian pasport Malaysia antarabangsa secara percuma kepada mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban dalam satu kenyataan memaklumkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengarahkan penggantian percuma itu hari ini.

\”Mangsa yang pasportnya hilang atau rosak akibat kebakaran boleh mengemukakan permohonan untuk penggantian pasport tanpa sebarang bayaran di mana-mana pejabat JIM yang berdekatan,\” menurut kenyataan itu.

Aantara syarat untuk penggantian pasport percuma adalah pasport yang hilang atau rosak mestilah masih sah dengan tempoh sekurang-kurangnya enam bulan, dan pemohon perlu membawa pasport asal jika masih ada.

Syarat lain termasuk menyerahkan salinan laporan polis, bomba atau pihak berkuasa tempatan.

Inisiatif tersebut untuk mempermudah urusan mangsa terjejas sama ada kehilangan pasport atau rosak akibat kebakaran itu.

Tindakan berkenaan turut meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa-mangsa insiden tersebut.

Dalam pada itu pemohon boleh hadir ke mana-mana pejabat JIM yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat dan bantuan lanjut.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...