Home Pasaran Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 2 April (Livevartha) — Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar US hari ini susulanIndeks dolar Amerika Syarikat (AS)merosotdisebabkanprospek ekonomi AS lemah dan dalam persekitaranketidaktentuan mengenai tarif timbal balik yang dijadualkan diumumkan oleh ASlewat hari ini, kata seorang penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4300/4400berbanding dolar US daripada 4.4330/4355ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Pasaran Malaysia ditutuppada 31 Mac dan 1 April sempena cuti umum Aidilfitri.

Rumah Putih telah mengesahkan bahawa Presiden AS Donald Trump akan mengenakan tarif baharu hari ini, bagaimanapun tiada maklumat lengkapdiberikan mengenai saiz dan skop tarif timbal balik tersebut.

Ketua AhliEkonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data ekonomi AS yang lemah baru-baru ini telah menyebabkan dolar US merosot.

Indeks Pembuatan ISM AS jatuhdi bawah50 mata kepada 49.0 mata pada bulan Mac, selain itu, bilangan pembukaan pekerjaan di sana merosot kepada 7.568 juta pada Februari daripada 7.762 juta pada Januari.

“Jelas sekali, ekonomi AS semakin lemah apabila perniagaan menyesuaikan diri mereka terhadap kenaikan tarif import yang boleh membawa kepada kos menjalankan perniagaan lebih tinggi,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berpendapatbahawa USD/MYR dijangka diniagakanantara RM4.43 dan RM4.44 kerana peniaga dan pelabur sudah bersedia untuk persekitarantidak menentu dalam pasaran mata wang.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...