Home Nasional Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Seri Alam
Nasional

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Seri Alam

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Seri Alam

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 1 April – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Seri Alam, Johor Bahru pada pukul 2.30 petang semalam (Isnin).

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang dalam perjalanan dari Jalan Kota Masai 2 ke Taman Kota Masai dilaporkan telah melanggar bahagian belakang sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, ACP Mohd Sohaimi Ishak, dalam satu kenyataan berkata, mangsa tercampak ke jalan raya dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, pemandu dua lagi kenderaan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Agong berkenan berangkat ke lokasi insiden kebakaran paip gas
Nasional

Agong berkenan berangkat ke lokasi insiden kebakaran paip gas

Sultan Ibrahim / Foto BERNAMASUBANG JAYA, 5 April- Yang di-Pertuan Agong, Sultan...

Bantuan SARA ringan beban pasca Aidilfitri – Penerima
Nasional

Bantuan SARA ringan beban pasca Aidilfitri – Penerima

Penerima bantuan SARA dari kiri – Hafizi Zainudin, Ahmad Syukri Ahmad Bashah dan Syahrain IPOH,...

Perlis sedia 14 lokasi pembelian untuk penerima SARA
Nasional

Perlis sedia 14 lokasi pembelian untuk penerima SARA

Foto RTMPADANG BESAR, 5 April- Sebanyak 14 kedai dan pasar raya di...

Projek Madu Kelulut: UniMAP guna teknologi IoT
Nasional

Projek Madu Kelulut: UniMAP guna teknologi IoT

Foto RTMKANGAR, 5 April- Projek Madu Kelulut menggunakan teknologi Internet Pelbagai Benda...