Home Pasaran Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Livevartha) — Bursa Malaysia diunjur mengekalkan trend diniagakan tidak berubah minggu depan disebabkan minggu dagangan yang singkat,berlegar sekitar julat 1,505-1,515.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata minggu depan, perhatian akan beralih kepada pengumuman Amerika Syarikat (AS) mengenai 25 peratus tarif ke atas semua kereta buatan asing, berkuat kuasa 2 April depan.

"Menambahkan kerumitan, moratorium larangan TikTok oleh Presiden AS Donald Trump akan tamat pada 5 April, berpotensi berfungsi sebagai alat tawar-menawar dalam rundingan tarif. Kesediaannya untuk melonggarkan tarif terhadapimport China sebagai pertukaran untuk resolusi TikTok menimbulkan keadaan sukar iaitu antara dasar perdagangan dan strategi geopolitik," katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata jika tarif diteruskan seperti dijangkakan, keyakinan pelabur mungkin kekal stabil, disokong oleh lebihan perdagangan sederhana Malaysia dan pendedahan tarif yang terhad.

"Kami tidak menjangkakan pergerakan besar minggu depan. Sebaliknya, FBM KLCI sepatutnya dirangsang oleh minggu dagangan singkat, iamungkin melindunginya daripada kedudukan tidak menentu di peringkatglobal," katanya.

Bagi minggu dagangan yang baru berakhir, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada mulanya mencatatkan penurunankerana pasaran berhati-hati terhadap tarif AS, seterusnyaakibat pemburuan saham berharga murah dan isyarat positif dari Wall Street, ia meningkat selama tiga hari berturut-turut, disokongoleh minat belian dan keyakinan pelabur.

Bagaimanpun, akhirnya ia merosot semula disebabkan aktiviti pengambilan untungdan kebimbangan mengenai gempa bumi yang berlaku di Myanmar dan Thailand.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, indeks utama menambah8.30 mata kepada 1,513.65 daripada 1,505.45 pada minggu sebelumnya.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 2 April (Livevartha) — Ringgit dibuka lebih...

Harga Minyak Sawit Stabil Dalam Tempoh Terdekat Berikutan Meningkatnya Permintaan Dari India
Pasaran

Harga Minyak Sawit Stabil Dalam Tempoh Terdekat Berikutan Meningkatnya Permintaan Dari India

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 2 April(Livevartha) –Harga minyak sawit...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-campur Berikutan Dagangan Lengang

KUALA LUMPUR, 2 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur berikutan dagangan...

Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 29 Mac(Livevartha) — Pasaran getah...