Home Pasaran Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat 4.42-4.43 Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat 4.42-4.43 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat 4.42-4.43 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Mac(Livevartha) –Ringgit dijangka terus berada dalam jajaran kecil dengan trajektori yang sama iaitu antara RM4.42 hingga RM4.43 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan minggu dagangan yang pendek berikutan cuti umum Hari Raya Aidilfitriyang dijangka pada Isnin, 31 Mac.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan utama untuk minggu depan adalah terhadap tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) yang dijangka dikuatkuasakan pada 2 April.

"Data mengenai pasaran buruh AS seperti tinjauan pembukaan pekerjaan dan pusing ganti buruh (JOLTS), perubahan pekerjaan pemprosesan data automatik (ADP) dan gaji bukan pertanian (NFP) juga akan diumumkan.

"Kami berpendapatdata yang dikeluarkan itutidak akan mengubah pandangan Rizab Persekutuan memandangkan pasaran buruh telah kukuh," katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkatakebimbangan utama ialahdasar tarif dan kesan seterusnya terhadap inflasi dan penggunaan.

"Setakat ini, sentimen perniagaan dan pengguna telah melemah, menunjukkan bahawa perbelanjaan dan pelaburan akan lebih berhati-hati pada masa hadapan. Sehubungan itu, peniaga dan pelabur akan terus berhati-hati dalam jangka masa terdekat," tambahnya.

Ringgit mengakhiri minggu dagangan pada 4.4330/4355 berbanding dolar AS, lebih rendah daripada 4.4180/4220 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang itu diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 2 April (Livevartha) — Ringgit dibuka lebih...

Harga Minyak Sawit Stabil Dalam Tempoh Terdekat Berikutan Meningkatnya Permintaan Dari India
Pasaran

Harga Minyak Sawit Stabil Dalam Tempoh Terdekat Berikutan Meningkatnya Permintaan Dari India

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 2 April(Livevartha) –Harga minyak sawit...

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-campur Berikutan Dagangan Lengang
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-campur Berikutan Dagangan Lengang

KUALA LUMPUR, 2 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur berikutan dagangan...

Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 29 Mac(Livevartha) — Pasaran getah...