Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka akan bergerak dalam julat yang terhad sepanjang minggu dagangan singkat minggu depan berikutancuti umum, mencerminkan prestasi pasaran tunai.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, berkata tumpuan pasaran minggu depan akan terarah kepada rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif 25 peratus terhadap semua kereta yang diimport, yang akan berkuat kuasa pada 2 April 2025.

Sementara itu, beliau berkata AS mungkin menggunakan pengharaman TikTok sebagai jalan tengah dalam menentukan pelaksanaan tarif dengan China.

Moratorium larangan TikTok olehPresiden Donald Trump di negara itu tamat pada5 April ini.

"Jika tarif ini dilaksanakan seperti yang dijangka, sentimen pelabur dijangka kekal stabil, didorong oleh lebihan dagangan Malaysia yang sederhana serta impak pendedahanyang terhad," kata Mohd Sedekkepada Livevartha.

Pada asas Jumaat ke Jumaat,kontrak Mac 2025 mencatatkan lonjakan 22.0 mata kepada 1,522.0, manakala kontrak April 2025 menambah 9.5 mata kepada 1,512.0. Kontrak Jun 2025 pula mencatatkan kenaikan 1.0 mata kepada 1,506.0, dan September 2025 meningkat 1.5 mata kepada 1,493.5.

Jumlah dagangan turut melonjak kepada 207,315 lot pada minggu ini berbanding 38,704 lot minggu sebelumnya, sementara kepentinganterbuka menokokkepada 59,411 kontrak berbanding 54,340 kontrak pada minggu lepas.

Pada Jumaat, indeks FBM KLCI ditutup pada 1,513.65, mencatatkan kenaikan 8.20 mata berbanding 1,505.45 minggu sebelumnya.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Susulan Prospek Ekonomi AS Lemah

Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 2 April (Livevartha) — Ringgit dibuka lebih...

Harga Minyak Sawit Stabil Dalam Tempoh Terdekat Berikutan Meningkatnya Permintaan Dari India
Pasaran

Harga Minyak Sawit Stabil Dalam Tempoh Terdekat Berikutan Meningkatnya Permintaan Dari India

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 2 April(Livevartha) –Harga minyak sawit...

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-campur Berikutan Dagangan Lengang
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-campur Berikutan Dagangan Lengang

KUALA LUMPUR, 2 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur berikutan dagangan...

Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 29 Mac(Livevartha) — Pasaran getah...