Home Nasional Laluan sehala Tapah dilaksana segera, atasi kesesakan – MB Perak
Nasional

Laluan sehala Tapah dilaksana segera, atasi kesesakan – MB Perak

Laluan sehala Tapah dilaksana segera, atasi kesesakan – MB Perak

Menteri Besar Perak ketika sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini/Foto Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

IPOH, 28 Mac – Pelaksanaan sistem penyuraian trafik laluan sehala di pekan Tapah, Daerah Batang Padang akan dilaksanakan dalam masa terdekat sebagai langkah jangka panjang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang berlarutan sekian lama.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif itu bukan bertujuan menyulitkan rakyat, sebaliknya dirancang untuk memberi keselesaan kepada penduduk setempat terutama menjelang Aidilfitri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Kuning pada April ini.

\”Kerajaan Negeri yakin apabila kedua-dua fasa ini siap kelak, bukan sahaja aliran trafik akan menjadi lebih lancar, malah urusan perniagaan, pergerakan pelancongan, penghantaran logistik dan aktiviti masyarakat akan menjadi lebih efisien dan selamat,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas mengenai pelaksanaan laluan sehala Tapah di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Menurut beliau, terdapat keperluan mendesak bagi mengurangkan kesesakan trafik di kawasan Tapah, terutamanya ketika musim perayaan, cuti sekolah, hujung minggu serta waktu puncak.

Katanya, kerja-kerja pembaikan Fasa Satu yang melibatkan penambahbaikan laluan sehala akan bermula dari 7 hingga 30 April ini, membabitkan kos sebanyak RM2.2 juta.

Fasa Kedua pula melibatkan pembinaan jalan baharu atau bypass dan turut akan dilaksanakan dalam tahun ini juga.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...