Home Nasional Gempa Myanmar-Thailand: Malaysia sedia hulur bantuan kemanusiaan
Nasional

Gempa Myanmar-Thailand: Malaysia sedia hulur bantuan kemanusiaan

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Malaysia menyatakan kesediaan untuk menghulurkan bantuan dan menyokong usaha kemanusiaan kepada negara jiran yang terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan utara Thailand, pada tengah hari Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden itu yang menyebabkan beberapa bangunan runtuh dan orang awam terperangkap.

“Saya amat prihatin dengan kejadian gempa bumi kuat yang melanda Myanmar tengah dan utara Thailand. Laporan mengenai bangunan runtuh, orang awam terperangkap serta angka korban yang meningkat amat menyedihkan,” katanya.

Tambah beliau, Malaysia berdiri teguh bersama negara-negara anggota ASEAN dalam saat duka dan kesedihan ini.

“Kita akui pengisytiharan darurat oleh pihak berkuasa Myanmar serta pengisytiharan Bangkok sebagai kawasan bencana oleh kerajaan Thailand. Malaysia bersedia untuk menyalurkan bantuan dan menyokong usaha kemanusiaan yang diperlukan,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia juga sedang memantau perkembangan di wilayah Yunnan, China, yang turut merasai gegaran dan dilaporkan mengalami kerosakan struktur.

“Bagi pihak Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada semua yang kehilangan insan tersayang serta doa kepada mereka yang cedera dan kehilangan tempat tinggal,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan doa agar proses pemulihan dapat dijalankan segera dan semangat kerjasama serantau menjadi pemangkin kepada kekuatan dan harapan rakyat yang terkesan.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 yang melanda Myanmar semalam meragut sekurang-kurangnya 144 nyawa dan menyebabkan kerosakan teruk di setiap struktur bangunan.

Beberapa bangunan dilaporkan runtuh, manakala ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...