Home Nasional Pemilik kedai mainan sumbang pakaian tanpa syarat kepada golongan kurang berkemampuan
Nasional

Pemilik kedai mainan sumbang pakaian tanpa syarat kepada golongan kurang berkemampuan

Pemilik kedai mainan sumbang pakaian tanpa syarat kepada golongan kurang berkemampuan

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 29 Mac – Tanpa meletakkan sebarang syarat, seorang pemilik perniagaan pakaian dan alat permainan di Kuala Terengganu telah menyumbangkan sebahagian besar pakaian baharu kepada golongan asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Pemilik kedai Spark Hobby’s Toys, Mohd Azrol Azhar, pada mulanya berniat untuk menyumbangkan bantuan hanya kepada penduduk di sekitar premis perniagaannya. Namun, hatinya tergerak untuk memperluaskan sumbangan kepada lebih ramai individu yang memerlukan.

\”Pada asalnya, niat saya hanya untuk bersedekah kepada penduduk kampung saya.

\”Namun, saya rasa sesiapa sahaja yang layak dan benar-benar memerlukan, saya akan berikan tanpa syarat dan saya halalkan,\” katanya ketika ditemui oleh RTM di sini.

Inisiatif berkenaan mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat, yang menyifatkan sumbangan tersebut sebagai satu usaha murni dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan menyambut Aidilfitri dengan lebih ceria.

Related Articles

Kebakaran saluran paip gas: KPKT kaji mekanisme bantu mangsa
Nasional

Kebakaran saluran paip gas: KPKT kaji mekanisme bantu mangsa

Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan, Nga kor Ming / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR,...

Kebakaran saluran paip gas: 20 agensi mula siasatan pagi ini
Nasional

Kebakaran saluran paip gas: 20 agensi mula siasatan pagi ini

FOTO BERNAMASUBANG JAYA, 2 April- Sebanyak 20 agensi akan memulakan siasatan dan...

Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights
Nasional

Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights

FOTO FACEBOOK Yeo Bee Yin(杨美盈) PUCHONG, 2 April- Bantuan tunai sebanyak RM1,000...

HSA sasar kumpul 7,200 beg darah
Nasional

HSA sasar kumpul 7,200 beg darah

Foto BERNAMAJOHOR BAHRU, 2 April-Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor...