Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Pasaran Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Pasaran Meningkat

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Pasaran Meningkat

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives pulih daripada penurunanuntuk ditutup lebih tinggi pada Khamis berikutansentimen pasaran yang meningkat.

Peniaga minyak sawit, David Ng berkatasentimen pasaran dipengaruhi oleh kebimbangan mengenai pengeluaran di pasaran tempatan dan harga minyak kacang soya yang lebih tinggi.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,250 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,450 setiap tan,” katanya kepada Livevartha.

Sependapatdengan Ng, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpusat di Mumbai, Anilkumar

Bagani berkatakenaikan harga minyak soya disebabkan oleh pemulihan harga tenaga.

"Pemacusebenar pada masa ini iaitupembelian pada harga rendahdalam minyak sawit, tetapi kekurangan pembelian destinasi baharu mengehadkan kenaikan harga.

"Sebahagian besar data pengeluaran dan eksport sudah pun diambil kiradan pasaran kini sedang menunggu petunjuk baharu," katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 meningkat RM104 kepada RM4,692 setiap tan, Mei 2025 naik RM62 kepada RM4,451 setiap tandan Jun 2025 menambah RM53 kepada RM4,312 setiap tan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Pasaran Meningkat
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...