Home Nasional Penunggang dan pembonceng motosikal dinasihat utamakan keselamatan
Nasional

Penunggang dan pembonceng motosikal dinasihat utamakan keselamatan

Penunggang dan pembonceng motosikal dinasihat utamakan keselamatan

Pengarah JPJ Kedah Stien Van Lutam

JITRA, 28 Mac – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan ketika memandu kenderaan terutamanya pada musim perayaan Aidilfitri.

Pengarah JPJ Kedah Stien Van Lutam berkata turut menasihatkan penunggang dan pembonceng motosikal sentiasa memakai topi keledar dan mematuhi undang-undang ketika berada di jalan raya.

\”Saya ingin menyerulah kepada penunggang motorsikal ini agar sentiasa mematuhi peraturan terutamanya daripada segi pemakaian topi keledar yang ada piawaian SIRIMlah. Kita perhatikan masih ramai dalam kalangan antara penduduk Kedah ini guna topi keledar \’helmet kura\’, kita guna istilah ni lah.

Ada juga helmet kura\’ yang ada piawaian SIRIM. Jadi seboleh-bolehnya kita minta penunggang motorsikal ini guna yang ada kelulusan daripada SIRIM walaupun destinasi perjalanan itu dekat, kita mintalah ubah sikap kita pada kali ni agar sentiasa memakai topi keledar,\” kata Stien Van Lutam kepada RTM.

Beliau berkata, anggota JPJ yang bertugas akan melakukan pemantauan dan rondaan di kawasan-kawasan tertentu termasuk di kampung-kampung dan taman perumahan bagi memastikan orang ramai mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...