Home Nasional Jumlah kenderaan masuk ke Kelantan bertambah
Nasional

Jumlah kenderaan masuk ke Kelantan bertambah

Jumlah kenderaan masuk ke Kelantan bertambah

Foto RTM

GUA MUSANG, 28 Mac – Bilangan kenderaan yang masuk ke Kelantan melalui Gua Musang bertambah apabila perantau pulang bercuti awal bagi mengelak kesesakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata, sejak pagi Khamis berlaku sudah pertambahan kenderaan yang masuk ke daerah Gua Musang.

Pihaknya menjangkakan keadaan berterusan sehingga malam hari raya dan anggota polis sudah bersedia sedia bagi membantu kelancaran trafik.

Dalam pada itu, tinjauan RTM mendapati keadaan trafik masih terkawal meskipun jumlah kenderaan masuk ke Gua Musang bertambah setiap jam.

Menurut perantau, Nor Amirah Hasnudin, bagi mengelak kesesakan dia dan keluarga memilih untuk pulang awal ke kampung halamannya.

Mereka merancang perjalanan dengan bertolak awal serta mengambil cuti awal untuk mengelak kesesakan lalu lintas.

\”Cuti sampai Khamis. Kalau saya bertolak esok semestinya akan sesak, jadi kita minta cuti awal,\” kata Nor Amirah .

\”Biasanya saya memang ambil awal cuti sehari sebab biasa kalau ambil cuti sebelum itu memang akan ada kesesakan. Kita dah rancang awal,\” kata Rabiatul Adawiyyah Ismail.

\”Nasihat tu berhati-hatilah. Kalau mengantuk kena berhenti dulu,\” kata Abdul Hanif Che Hamid

Related Articles

Kebakaran saluran paip gas: KPKT kaji mekanisme bantu mangsa
Nasional

Kebakaran saluran paip gas: KPKT kaji mekanisme bantu mangsa

Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan, Nga kor Ming / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR,...

Kebakaran saluran paip gas: 20 agensi mula siasatan pagi ini
Nasional

Kebakaran saluran paip gas: 20 agensi mula siasatan pagi ini

FOTO BERNAMASUBANG JAYA, 2 April- Sebanyak 20 agensi akan memulakan siasatan dan...

Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights
Nasional

Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights

FOTO FACEBOOK Yeo Bee Yin(杨美盈) PUCHONG, 2 April- Bantuan tunai sebanyak RM1,000...

HSA sasar kumpul 7,200 beg darah
Nasional

HSA sasar kumpul 7,200 beg darah

Foto BERNAMAJOHOR BAHRU, 2 April-Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor...