Home Nasional Aidilfitri: APM Kedah tugaskan 60 anggota, pastikan kelancaran perjalanan
Nasional

Aidilfitri: APM Kedah tugaskan 60 anggota, pastikan kelancaran perjalanan

Aidilfitri: APM Kedah tugaskan 60 anggota, pastikan kelancaran perjalanan

Foto APM Kedah

ALOR SETAR, 28 Mac – Seramai 60 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah akan ditugaskan sepanjang Op Prihatin tahun 2025 yang bermula hari ini, sempena perayaan Aidilfitri.

Op Prihatin yang diadakan hingga 6 April itu bagi membantu pengguna jalan raya persekutuan dan negeri yang mengalami kecemasan ketika pulang berhari raya dan kembali semula ke kediaman masing-masing selepas tamat cuti perayaan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Leftenan Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji berkata, sepanjang operasi tersebut petugas APM juga akan melakukan rondaan di lokasi tumpuan ramai seperti pusat peranginan, pusat beli belah, dan rumah ibadat.

Beliau berkata, penugasan akan dibahagikan kepada tiga waktu mengikut shif yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran operasi.

\”Empat orang petugas setiap shif yang kita buat rondaan bermula pagi hingga ke malam. Jadi rondaan ini kita akan maklumkan kes-kes melibatkan kes kecemasan, kemalangan jalan raya, dan kes-kes lainlah seperti pokok tumbang, kecederaan, kenderaan rosak dan juga khidmat kemanusian yang lain,\” kata Zairil Anuar kepada pemberita, di sini.

Katanya, selain pemantauan di darat, pihaknya turut menggunakan khidmat Unit Dron APM bagi melakukan pemantauan menerusi udara. Pemantauan udara tertumpu di 428 kawasan \’hotspot\’ bencana.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...