Home Nasional KKM pastikan hospital bersedia hadapi peningkatan kes musim Aidilfitri
Nasional

KKM pastikan hospital bersedia hadapi peningkatan kes musim Aidilfitri

KKM pastikan hospital bersedia hadapi peningkatan kes musim Aidilfitri

Dr Dzulkefly menyampaikan pek sahur kepada petugas hospital / RTM

SERDANG, 27 Mac– Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, meninjau kesiapsiagaan hospital dalam menghadapi peningkatan kes kesihatan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Lawatan tersebut diadakan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, bagi memastikan perkhidmatan kecemasan bersedia menangani sebarang kemungkinan, termasuk kemalangan jalan raya dan insiden lain yang lazimnya meningkat pada musim perayaan.

Menurut Dr Dzulkefly, kesiapsiagaan hospital, khususnya Jabatan Kecemasan, amat penting dalam menghadapi lonjakan pesakit.

\”Saya meninjau persediaan hospital, dan saya lihat mereka berada dalam keadaan bersedia. Ketua Pengarah Kesihatan juga memaklumkan bahawa 10 hospital pakar utama di Selangor telah bersiap siaga sepenuhnya. Saya juga berkesempatan bertemu kakitangan serta pesakit sebentar tadi,\” katanya.

Lawatan itu turut memberi tumpuan kepada Sistem Pemantauan Katil Pintar (SBMSys), yang dibangunkan bagi meningkatkan pengurusan katil hospital secara lebih cekap dan efisien.

\”Unit Pengurusan Katil (BMU) memainkan peranan penting dalam memastikan penggunaan katil lebih efisien. Saya perhatikan kecekapan sistem ini membantu menangani peningkatan pesakit, terutama dalam unit seperti kardiologi yang kini mencatatkan kadar kemasukan hampir 90 peratus,\” katanya.

Dalam lawatan itu, beliau turut beramah mesra dengan kakitangan hospital serta pesakit, selain menyampaikan pek sahur kepada petugas yang bertugas pada waktu pagi.

Related Articles

Anwar tekan peluang pelaburan di Malaysia kepada pemimpin perniagaan Thailand
Nasional

Anwar tekan peluang pelaburan di Malaysia kepada pemimpin perniagaan Thailand

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mengadakan mesyuarat bersama pemain industri...

Lebih 31,000 bakal jemaah haji selesai saring kesihatan, berdaftar dalam IPS
Nasional

Lebih 31,000 bakal jemaah haji selesai saring kesihatan, berdaftar dalam IPS

Datuk Seri Dr Dzulkefly AhmadPUTRAJAYA, 17 April- Lebih 31,000 bakal jemaah haji...

Ziarah Kasih PPZ-MAIWP, 1,250 pelajar asnaf terima bantuan IPT
Nasional

Ziarah Kasih PPZ-MAIWP, 1,250 pelajar asnaf terima bantuan IPT

Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 17 April- Pusat Pungutan Zakat...

TMM2.0 akan dilancar pada 31 Disember
Nasional

TMM2.0 akan dilancar pada 31 Disember

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) meluangkan masa melawat...