Home Nasional KPM wajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang
Nasional

KPM wajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang

KPM wajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang

FOTO KPM

PUTRAJAYA, 27 Mac– Bermula 21 April 2025, semua murid di institusi pendidikan bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan diwajibkan memakai lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam mereka sebagai usaha menyemai semangat patriotisme.

Langkah itu melibatkan semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi, dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

KPM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, sebagai sokongan terhadap pelaksanaan itu, kementerian akan membekalkan dua unit lencana Jalur Gemilang secara percuma kepada setiap murid bagi sesi persekolahan 2025/2026.

\”Satu Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang telah disediakan sebagai rujukan, yang turut dilampirkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025 untuk memastikan pelaksanaan berjalan lancar.

\”Inisiatif ini bertepatan dengan peranan institusi pendidikan dalam memupuk semangat patriotisme, sekaligus membentuk generasi muda yang lebih menghargai nilai kemerdekaan dan cintakan negara,\” menurut kenyataan itu.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...