Home Nasional KPDN Kedah pantau bekalan minyak masak peket menjelang Aidilfitri
Nasional

KPDN Kedah pantau bekalan minyak masak peket menjelang Aidilfitri

KPDN Kedah pantau bekalan minyak masak peket menjelang Aidilfitri

Foto RTM

ALOR SETAR, 25 Mac– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menumpukan usaha berterusan memantau bekalan dan aktiviti penjualan minyak masak peket di negeri itu.

Ia bagi memastikan tiada mana-mana pihak terutama peruncit menyorok bekalan minyak masak peket yang boleh memberi kesan terhadap orang ramai untuk mendapatkan bekalan tersebut semasa Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata permintaan terhadap minyak masak peket ketika musim perayaan sangat tinggi dan minyak masak peket di pasaran bergantung kepada bekalan yang dihantar oleh pembekal dan pemborong kepada peruncit.

Beliau berkata, 187 anggota penguat kuasa KPDN Kedah akan ditugaskan untuk memantau bekalan minyak masak peket di pasaran, selain barangan-barangan keperluan lain.

\”Jadi, sekiranya tiada, bekalan itu kekurangan, boleh bagitahu kami lah, di bahagian-bahagian mana pun Kalau ada yang menyembunyikan, laporkan kepada kami.

\”Kepada yang menyorok, terutamanya minyak masak (peket), saya bagi amaran, kita ada 187 orang (anggota penguat kuasa) yang akan memantau perkara ini.

\”Jadi, yang lain-lain tu, apabila rakyat jumpa benda ini, sila adukan kepada kami dan kami akan memberi keutamaan untuk perkara ini,\” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2025 peringkat Negeri Kedah di sebuah pasar raya di sini.

SHMMP berkuat kuasa dari 24 Mac hingga 7 April ini.

Di Kedah, hanya 23 daripada 26 jenis barangan yang dikawal di bawah skim berkenaan.

Antaranya, sawi hijau, timun, tomato, cili merah, kacang panjang, lobak merah,bawang kuning besar, bawang merah besar import, bawang putih (China), ubi kentang import (China), halia tua import, kacang tanah, dan cili kering kerinting.

Manakala kelapa biji dikawal di peringkat borong sahaja; serta kelapa parut dan santan dikawal di peringkat runcit sahaja.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...