Home Ekonomi Pembaharuan struktur kunci sokongan jangka panjang ringgit
Ekonomi

Pembaharuan struktur kunci sokongan jangka panjang ringgit

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Pembaharuan struktur dan dasar perlu diutamakan bagi memperkukuh daya tahan jangka panjang ringgit, berbanding kebergantungan berlebihan kepada rizab antarabangsa dalam menangani turun naik mata wang.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour memaklumkan, pergerakan ringgit dalam jangka pendek dipengaruhi faktor luaran, termasuk perubahan dasar monetari global serta ketidaktentuan pasaran antarabangsa.

“Menjelang 2025, aliran masuk modal dijangka mendapat sokongan daripada perbezaan kadar faedah yang lebih kecil antara Malaysia dan ekonomi maju.

\”Namun, risiko penurunan tetap ada, terutamanya akibat pengurangan kadar faedah yang terhad serta ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat,” jelasnya.

Ringgit mengakhiri tahun 2024 dengan peningkatan 2.7 peratus berbanding dolar Amerika serta 7.5 peratus berbanding mata wang utama rakan dagangan negara.

Tambahnya, pergerakan ringgit dalam jangka pendek boleh dipengaruhi faktor luaran, terutama perubahan dasar monetari global serta ketidaktentuan pasaran antarabangsa.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...