Home Nasional Keadaan jalan raya yang selamat, penting kurangkan risiko kemalangan
Nasional

Keadaan jalan raya yang selamat, penting kurangkan risiko kemalangan

Keadaan jalan raya yang selamat, penting kurangkan risiko kemalangan

Foto fail/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Mac– Keadaan jalan raya yang selamat antara aspek penting dalam mengurangkan risiko kemalangan, terutama ketika musim perayaan.

Setiausaha Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) Ir Hamzah Hashim menegaskan kepentingan memastikan hanya profesional bertauliah terlibat dalam kejuruteraan jalan raya.

\”Fungsi kami adalah untuk memastikan personal ataupun profesional yang terlibat dalam kesempatan jalan itu adalah mereka yang betul-betul diiktiraf ataupun mereka yang betul telah mempunyai kelayakan profesional yang diperlukan untuk terlibat dalam aspek keputusan jalan kenderaan dan sebagainya. Jadi itulah tujuan antara fungsi dan kawal selia lembaga terhadap isu ini\”, katanya ketika ditemui di Angkasapuri, Kota Media.

Sementara itu, menurut Ahli Jawatankuasa Lembaga Jurutera Malaysia, Anuar Mohd Aris, pelbagai proses audit dilaksanakan dari peringkat perancangan sehingga selepas pembinaan jalan bagi memastikan aspek keselamatan dipatuhi.

\”Kita perlu menurunkan kadar ini dan dari segi data yang didapati dalam masa 2014 hingga 2020 terdapat pengurangan selepas pelbagai usaha dilaksanakan lebih 84.8 peratus setiap setahun dapat menurun.

\”Kalau kita bandingkan dengan negara lain seperti di United State, sebenarnya kadar kematian yang terlibat oleh kemalangan lebih kurang 10/100,000 penduduk. Kalau di Malaysia ini tahap kita masih lagi 20/100,000, kalau kita bandingkan negara yang lebih baik lagi, dua hingga tiga sahaja, kita punya kehendak itu kalau boleh sifar\”, katanya.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...