Home Ekonomi Dividen TH tertinggi sejak 2018, cerminan prestasi cemerlang
Ekonomi

Dividen TH tertinggi sejak 2018, cerminan prestasi cemerlang

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 23 Mac– Kadar dividen tertinggi sejak 2018, mencerminkan keberhasilan strategi pelaburan Tabung Haji (TH).

Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi UiTM, Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad, ia turut dipacu prestasi positif pasaran saham tempatan dan ekonomi negara sepanjang tahun lalu.

\”Kadar dividen pada 3.25% sudah pasti melegakan pendeposit sedia ada di samping mencerminkan keupayaan dan kredibiliti dalam memastikan pulangan lebih baik kepada pencarum-pencarum sedia ada.

Dengan kadar 3.25%, berlaku peningkatan sekitar 0.15 peratus daripada tahun sebelummnya di mana TH merekodkan hampir 3.1% kadar dividen untuk tujuh tahun berturut-turut. Maka, ini memberi satu indikator atau mencerminkan prestasi TH yang cemerlang bagi tahun 2024,\” kata Dr. Bashir kepada pemberita RTM, hari ini.

Tambahnya, kadar dividen kompetitif akan membantu 9.54 juta pendeposit meningkatkan simpanan dan memenuhi objektif pelaburan masing-masing.

Bermula hari ini, pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan menerusi pelbagai saluran.

Ini termasuk platform THiJARI, kaunter Tabung Hajiselain saluran elektronik bank rakan strategik.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...