Home Ekonomi Bursa Malaysia dijangka diniagakan kecil minggu depan, faktor cuti Aidilfitri
Ekonomi

Bursa Malaysia dijangka diniagakan kecil minggu depan, faktor cuti Aidilfitri

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 23 Mac– Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan untuk meningkat menjelang cuti Hari Raya, minggu depan.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata, indeks utama FBM KLCI diunjur antara 1,510 mata dan 1,515 mata manakala, parasrintangan utama pada 1,550 mata dengan paras sokongan pada 1,500 mata.

Cabaran luaran termasuk risiko tarif import Amerika Syarikat dan konflik Rusia-Ukrainediramal berkurangan secara berperingkat seterusnya, menstabilkan aliran keluar ekuiti asing.

Bagi minggu dagangan baru berakhir,FBM KLCI diniagakan berhati-hati berikutan kebimbangan pelabur dan agihan semula dana di pasaran global.

Ia dipengaruhi ketegangan perdagangan, dasar bank pusat dan situasi geopolitik.

Ketika ditutup Jumaat lalu, indeks utama merosot 6.70 mata kepada 1,505.45 mata daripada 1,512.15 mata minggu sebelumnya.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...