Home Ekonomi Niaga hadapan emas dijangka alami pembetulan jangka pendek minggu depan
Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka alami pembetulan jangka pendek minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mungkin mengalami pembetulan jangka pendek minggu depan kerana peniaga tertarik untuk mengunci keuntungan dalam keadaan harga yang mencatatkan paras tertinggi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata harga emas kekal melebihi US$3,000 seauns sejak 17 Mac berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang terus meningkat.

\”Pada masa yang sama, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menyatakan bahawa dua pemotongan kadar faedah mungkin berlaku tahun ini berdasarkan unjuran terkini semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 19 Mac,\” katanya kepada Bernama.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Mac 2025 meningkat kepada US$3,034.20 setiap auns troy daripada US$2,999.60 setiap auns troy sebelumnya, manakala April 2025 menokok kepada US$3,044.10 setiap auns troy daripada US$3,009.90 setiap auns troy.

Sementara itu, kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 melonjak kepada US$3,054.10 setiap auns troy daripada US$3,019.90 setiap auns troy pada minggu lepas.

Bagaimanapun, jumlah dagangan susut kepada 123 lot minggu ini daripada 419 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 87 kontrak daripada 454 kontrak sebelum ini.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 20 Mac, harga emas fizikal berada pada US$3,038.15 setiap auns troy.- Livevartha

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...