Home Pasaran Minat Terhadap Saham Mewah Dorong FBM KLCI Ditutup Tinggi
Pasaran

Minat Terhadap Saham Mewah Dorong FBM KLCI Ditutup Tinggi

Minat Terhadap Saham Mewah Dorong FBM KLCI Ditutup Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Livevartha) — Indeks penanda aras Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh minat belian baharu terhadap saham mewah, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.29 mata kepada 1,505.45 daripada 1,504.16 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.29 mata lebih rendah kepada 1,503.87 dan bergerak antara 1,503.71 hingga 1,513.23 sepanjang hari.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 513 berbanding 371 manakala 428 kaunter tidak berubah, 1,125 kaunter tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.43 bilion unit bernilai RM4.28 bilion daripada 3.27 bilion unit bernilai RM2.64 bilion pada Khamis.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata minat belian didapati muncul dalam sektor bersifat defensif seperti utiliti, penjagaan kesihatan dan perbankan semasa sesi pagi.

“Pada sebelah petang, saham pengguna mendahului kenaikan selepas data Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi Februari yang dikeluarkan menunjukkan kadar inflasi keseluruhan yang rendah berbanding bulan sebelumnya,” katanya kepada Livevartha.

Inflasi Malaysia meningkat pada kadar yang lebih perlahan 1.5 peratus pada Februari 2025, dengan indeks berada pada 134.1 mata berbanding 132.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Related Articles

Minat Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal
Pasaran

Minat Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 8 April (Livevartha)– Bursa Malaysia kembali...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Dengan Mata Wang Utama Lain
Pasaran

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Dengan Mata Wang Utama Lain

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 8 April (Livevartha)– Ringgit memulakan urus...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jualan Komoditi Global, Ketidakpastian Tarif AS
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jualan Komoditi Global, Ketidakpastian Tarif AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 7 April(Livevartha) –Kontrak...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Dengan Mata Wang Utama Lain
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Ketidaktentuan Pasaran Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 7 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...