Home Pasaran Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Mac(Livevartha) — Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini, selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini berikutan pasaran menilai pendirian terkini Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), yang dilihat cenderung untuk menurunkan kadar faedah tetapi secara berhati-hati.

Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.4245/4360 berbanding dolar AS, susut daripada 4.4215/4270 pada Khamis.

Ketua Penyelidikan PelaburanUOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata ringgitkekurangan petunjuk yang jelas walaupun terdapat turun naik dalam Perbendaharaan AS semalaman.

“Walaupun Perbendaharaan AS mengalami turun naik semalam, pada mulanya merosot sebelum meningkat semula, ia akhirnya ditutup tidak berubah, menunjukkan kekurangan petunjuk yang kuat untuk aliran modal yang boleh mempengaruhi pergerakan ringgit dengan ketara,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berpendapat mata wang Asia, termasuk ringgit, mencatatkan kenaikan sementara berbanding dolar AS susulan keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS semalam, namun reaksi ini bersifat sementara dengan impak yang kecil.

“Pada masa depan, ketidaktentuan berterusan berikutan AS bersiap sedia untuk melaksanakan tarif timbal balas pada 2 April, menyebabkan pasaran berada dalam situasi tidak menentu.

“Jika sentimen risiko merosot, pelabur dijangka beralih kepada aset selamat seperti dolar AS, yang boleh memberi tekanan tambahan terhadap ringgit,”katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia pada Februari, yang dijangka dikeluarkan hari ini, dijangka menunjukkan peningkatan1.5 peratus tahun ke tahun selepas kekal pada 1.7 peratusselama dua bulan berturut-turut.

Related Articles

Minat Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal
Pasaran

Minat Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 8 April (Livevartha)– Bursa Malaysia kembali...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Dengan Mata Wang Utama Lain

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 8 April (Livevartha)– Ringgit memulakan urus...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jualan Komoditi Global, Ketidakpastian Tarif AS
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Jualan Komoditi Global, Ketidakpastian Tarif AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 7 April(Livevartha) –Kontrak...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Ketidaktentuan Pasaran Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 7 April (Livevartha) — Ringgit dibuka...