Home Nasional Derma darah sepanjang Ramadan meningkat
Nasional

Derma darah sepanjang Ramadan meningkat

Derma darah sepanjang Ramadan meningkat

Penganjuran 17 Kempen Derma Darah Sepanjang Ramadan dilaksanakan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan atau secara datang sendiri ke Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Tuanku Fauziah

KANGAR, 22 Mac Sebanyak 819 pek darah telah didermakan para penderma aktif dan baharu bermula 2 hingga 21 Mac menerusi penganjuran 17 Kempen Derma Darah Sepanjang Ramadan.

Menurut Pegawai Perubatan, Jabatan Perubatan Transfusi, Dr Mohd Siddqi Abidin, ketika ini bekalan semua jenis darah di Hospital Tuanku Fauziah berada pada tahap selamat.

Namun begitu, Jabatan Perubatan Transfusi sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi musim perayaan Aidilfitri bagi terus meningkatkan stok bekalan darah.

\’\’ Bekalan yang mencukupi dan berada pada paras selamat diperlukan berikutan pelbagai kes kecemasan dihadapi Hospital Tuanku Fauziah terutamanya kes kemalangan yang memerlukan bekalan darah,\” kata Dr Siddqi.

Beliau memaklumkannya pada Program Mai Derma Darah Be A Hero anjuran UMNO Bahagian Kangar di Jabatan Perubatan Transfusi, sebanyak 36 pek darah berjaya dikumpulkan.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kangar Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya menyasarkan lebih 600 pek didermakan sepanjang penganjuran Program Derma Darah Be A Hero tahun ini.

Sasaran itu berdasarkan jumlah yang berjaya dikumpulkan sepanjang penganjuran program berkenaan tahun lalu iaitu sebanyak 507 pek darah.

Inisiatif pelaksanaan program tersebut sebagai satu tanggungjawab sosial berterusan kepada masyarakat bagi menambah stok bekalan darah di Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Tuanku Fauziah.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...