Home Nasional Hospital Pasir Gudang hampir siap, jangka beroperasi dalam masa terdekat
Nasional

Hospital Pasir Gudang hampir siap, jangka beroperasi dalam masa terdekat

Hospital Pasir Gudang hampir siap, jangka beroperasi dalam masa terdekat

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor Ling Tian Soon

JOHOR BAHRU, 22 Mac – Pembinaan Hospital Pasir Gudang yang menelan kos melebihi RM380 juta kini hampir siap dan dijangka beroperasi dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor Ling Tian Soon berkata ketika ini, kerja-kerja pembinaan fizikal telah siap sepenuhnya namun masih terdapat beberapa peralatan perubatan dan pelbagai sistem yang sedang dipasang.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) juga akan menjalankan ujian ke atas semua sistem dalam tempoh terdekat, bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

“Seterusnya, pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan pemeriksaan terperinci bagi memastikan semua aspek pembinaan dan kelengkapan memenuhi piawaian teknikal, kejuruteraan serta perubatan yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Terdahulu Ling mengiringi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang melawat ke Hospital Pasir Gudang, bagi meninjau perkembangan projek dan mendengar taklimat kemajuan pembinaan hospital tersebut.

Ling dalam pada itu turut berkata KKM juga telah memberi peruntukan tambahan RM81 juta bagi pembelian peralatan perubatan dan bukan perubatan untuk hospital tersebut.

“Pasukan ini menjangkakan semua pemasangan dan ujian sistem akan siap pada 12 Jun ini dan seterusnya hospital tersebut akan diserahkan sepenuhnya kepada KKM untuk beroperasi secepat mungkin.

“Setakat ini, lebih 1,845 jawatan telah diluluskan untuk Hospital Pasir Gudang dan pihak berkuasa sedang mengatur serta menempatkan kakitangan yang diperlukan. Hospital ini akan beroperasi secara berfasa mengikut keperluan dan kesiap siagaan fasiliti yang ada,” katanya.

Hospital Pasir Gudang telah memulakan pembinaannya secara rasmi sejak tahun 2020 dan walaupun berdepan cabaran akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hospital itu dilengkapi dengan 14 jabatan perubatan pakar dengan kapasiti 304 katil, dilengkapi dengan persekitaran moden dan peralatan canggih bagi menjamin perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada pesakit. – BERNAMA

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...