SUNGAI PETANI, 22 Mac – Lebih 1,000 jemaah terdiri daripada golongan wanita hadir pada Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran di Masjid Al-Majidi, Sungai Layar Hujung, Sungai Petani, semalam.
Program anjuran Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA) Kedah dan Badan Kebajikan Wanita Islam Merbok dengan kerjasama Belia 4B Malaysia Kawasan Merbok.
Program itu dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi HAWA Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi HAWA Negeri Kedah, Suriati Che Mid.
Program bertujuan mengiramahkan bulan Ramadan dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.