KUALA LUMPUR, 21 Mac – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024, kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sejak 2018.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata keseluruhan agihan keuntungan berkenaan berjumlah RM2.92 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit TH.
“Kadar tersebut dicapai setelah mengambil kira pelunasan zakat sebanyak 2.5775 peratus (RM99.35 juta),” kata Mohd Na’im pada sidang media pengumuman kadar agihan keuntungan TH bagi tahun kewangan 2024, di sini.