Home Nasional UMNO Kangar santuni asnaf menerusi Program Singgah Sahur
Nasional

UMNO Kangar santuni asnaf menerusi Program Singgah Sahur

UMNO Kangar santuni asnaf menerusi Program Singgah Sahur

FOTO UMNO BAHAGIAN KANGAR

KANGAR, 16 Mac- Pelbagai pendekatan dilaksanakan bagi menghayati Ramadan tahun ini, termasuk menerusi Program Singgah Sahur yang memberi tumpuan kepada keluarga asnaf di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kangar.

Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, berkata program ini melibatkan kepimpinan UMNO Bahagian bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) serta penduduk setempat yang turun padang menziarahi keluarga asnaf untuk bersahur bersama-sama.

“Makanan sahur disediakan oleh UMNO Bahagian Kangar, sekali gus memberi peluang kepada keluarga asnaf untuk berjimat dan menikmati suasana sahur secara berjemaah dengan masyarakat setempat. Ini juga menjadi ruang untuk berbincang mengenai kebajikan mereka,” katanya.

Setakat ini, tiga keluarga asnaf telah disantuni di DUN Sena, Bintong, dan Kayang dengan sokongan penuh daripada JPKKP serta penduduk. Lokasi terkini program ini adalah di Kampung Guar Ujung Batu, Kayang, selepas diadakan di Kampung Behor Inai, Bintong dan Taman Ira, Sena.

Selain sahur bersama, setiap keluarga turut menerima sumbangan barangan keperluan harian serta wang tunai bagi meringankan beban sepanjang Ramadan.

Program ini merupakan sebahagian daripada lebih 40 aktiviti Ramadan yang dirancang oleh UMNO Bahagian Kangar di seluruh kawasan Parlimen Kangar, bagi memperkukuh hubungan antara pemimpin dan komuniti setempat, khususnya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Related Articles

Cirit-birit berpanjangan, mungkin petanda radang usus – Pakar
Nasional

Cirit-birit berpanjangan, mungkin petanda radang usus – Pakar

Pakar Gastroentrologi dan Hepatologi, Hospital Thomson, Dr. Ruveena Bavani RajaramKUALA LUMPUR, 16...

Pekerja kilang maut tertusuk bilah forklift
Nasional

Pekerja kilang maut tertusuk bilah forklift

FOTO IPD KUCHINGKUCHING, 16 Mac-Seorang pekerja kilang peralatan besi di Pending, Kuching,...

Pembinaan jalan raya Sarawak-Sabah pacu pembangunan ekonomi dua wilayah
Nasional

Pembinaan jalan raya Sarawak-Sabah pacu pembangunan ekonomi dua wilayah

FOTO HIASANLAWAS, 16 Mac– Projek pembinaan dan naik taraf rangkaian jalan raya...

KTMB tawar tren khas Ekspres Utara sempena Aidilfitri
Nasional

KTMB tawar tren khas Ekspres Utara sempena Aidilfitri

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 16 Mac – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan...